Pendidikan di Malaysia
adalah tidak statik dan ia boleh berubah-ubah dari satu masa kesuatu masa.
Banyak sebab mengapa pendidikan menjadi sesuatu yang dinamik. Ia boleh berubah
sejajar dengan perubahan sistem politik yang memerintah, keperluan negara, keperluan
individu dan perkembangan ilmu itu sendiri sama ada diperingkat rendah mahupun
di peringkat tinggi.
Imperialisme pendidikan
sering berlaku dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap peradaban dan
tamadun negara. Di Malaysia, imperialisme pendidikan boleh dikaji melalui;
a.
Perubahan pada kurikulum pendidikan
b.
Perubahan pada sistem pendidikan
c.
Falasafah pendidikan
d.
Penggunaan teknologi maklumat
e.
Pendemokrasian pendidikan
f.
Agama dan gejala sosial
g.
Integrasi nasional
Perubahan kurikulum
pendidikan
Perubahan pada kurikulum
sekolah adalah perlu sejajar dengan perubahan-perubahan guna tenaga manusia.
Justeru itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah
Menengah diperkenalkan didalam sistem pendidikan Malaysia. Kurikulum perlu bersifat
futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat dipenuhi oleh
sistem pendidikan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR –1983) dan Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM – 1988) telah diwujudkan untuk membentuk satu
konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani
individu secara menyeluruh. Atas kesedaran inilah usaha menerapkan nilai-nilai
murni disarankan dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan
gagasan untuk membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan 2020.
Satu hakikat penting
yang perlu kita sedari ialah bahawa walaupun sekolah berada di tengah-tengah
masyarakat dan sentiasa terdedah kepada gelombang penghidupan, berbanding
dengan tempat-tempat lain, ia masih merupakan satu-satunya tempat yang terkawal
buat masa ini. Maka tidak hairanlah jika ramai mengharapkan kepada sekolah: ibu
bapa mengharapkan kepada sekolah dapat menjadikan anak-anak mereka manusia;
masyarakat mengharapkan kepada sekolah dapat melengkapkan generasi muda dengan
nilai-nilai dan budaya bangsanya; majikan mengharapkan kepada sekolah dapat
melahirkan sumber manusia yang sesuai dan berkualiti; dan negara pula
mengharapkan kepada sekolah dapat menjayakan pembentukan warganegara yang baik.
Sekolah dianggap sebagai benteng penyelamat anak didik, generasi muda dan
pewaris bangsa.
Memikirkan tentang
pendidikan adalah memikirkan tentang rupa bentuk manusia, jenis ketrampilan,
matlamat-matlamat yang amat diperlukan untuk kesejahteraan sosial dan mutu
kewujudan tamadun.
(Hanna Hloborn Gray)
Perubahan pada sistem
pendidikan
Reformasi pendidikan
melibatkan kajian semula serta melakukan perubahan-perubahan terhadap sistem
pendidikan. Ini dilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan
sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa. Sistem pendidikan yang
berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia perlu mengalami reformasi.
Pengurusan dan
kepimpinan bagaikan dua permukaan wang siling, iaitu wujud satu simpulan yang
akrab dan bersepadu. Pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan
kualiti kepimpinan dan sebaliknya. Pengurusan dan kepimpinan mestilah
berkualiti dan berwibawa untuk mencapai objektif dan matlamat kumpulan atau
organisasi. Aspek pengurusan dan kepimpinan menjadi kritikal kerana institusi pendidikan
adalah satu institusi sosial. Umpamanya, jika sesebuah kilang itu tidak dapat
menghasilkan barangan yang menepati piawaiannya, barang tersebut boleh dibuang
atau diproses semula. Seandainya pengurusan pendidikan gagal, anak didik yang
terbentuk itu tidak mudah untuk dirungkai atau diolah semula.
Falsafah Pendidikan
Negara.
Misi Kementerian
Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf
dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta
Pendidikan 1996.
Dasar Pendidikan negara
perlulah berdasarkan kepada suatu falsafah yang jelas. Falsafah ini hendaklah
merangkumi kepentingan agama, kaum, demografi, keperluan semasa dan sebagainya.
Falsafah merupakan rumusan yang mengandungi ciri-ciri sahsiah pelajar seperti
yang dihasratkan.
Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(Falsafah Pendidikan Negara 1990 halaman 6)
Penggunaan Teknologi
Maklumat
Kerajaan telah
menubuhkan Koridor Raya Multi-media dimana ia telah dapat membangunkan
teknologi maklumat di Malaysia. Maklumat-maklumat dari seluruh dunia dapat
dihubungkan terus kepada pengguna. Penggunaan teknologi maklumat secara yang
betul dan bermoral akan memberi manfaat akan tetapi penyalahgunaan teknologi
maklumat adalah sebaliknya. Teknologi maklumat akan meruntuhkan sempadan
politik negara-negara di dunia ini.
Pendidikan di Malaysia
maju setapak lagi dengan penubuhan Sekolah Bestari di mana penggunakan
multi-media dijadikan asas pendidikan.
Pendemokrasian
Pendidikan
Globalisasi dan
imperialisme pendidikan telah menjadikan kerajaan peka terhadap peluang
pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar. Pendidikan di luar bandar perlu
diberi perhatian yang sama seperti sekolah di bandar. Masalah kekurangan guru
terlatih, taraf kesihatan yang rendah dan kekurangan prasarana yang berkualiti
merupakan faktor penghalang proses pembinaan sahsiah, bakat dan kebolehan
kanak-kanak.
Untuk merealisasikan
pendemokrasian pendidikan, kerajaan telah memberi peruntukan-peruntukan yang
boleh dimanfaatkan termasulah membina asrama-asrama bagi membolehkan
pelajar-pelajar menikmati kemudahan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua, kerajaan
telah membina sepuluh sekolah menengah sains dan berpuluh-puluh lagi asrama diseluruh
pelusuk negara.
Agama Dan Gejala Sosial
Mari kita renung rencana
berikut;
Jumlah kes juvana makin
meningkat dari sehari ke sehari. Dalam tahun 1997, jumlah kes juana yang
didapati bersalah oleh mahkamah ialah 4,590 kes dan angka ini terus meningkat.
Dalam tahun 1998 terdapat 6,338 kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah.
Penambahan kes dari tahun 1997 hingga tahun 1998 adalah 38.08 peratus.
(Berita Harian 18 Mei 1999)
Keruntuhan moral di
kalangan pelajar adalah membimbangkan kerana anak-anak hari ini adalah aset
negara pada masa akan datang. Dalam masa yang sama orang yang berpengetahuan
yang dilahirkan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan juga terlibat dengan
jenayah kolar putih. Kes-kes rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan
berbagai-bagai kesalahan lain bukan sahaja melibatkan pegawai kerajaan
peringkat bawahan tetapi ia juga melibatkan pegawai-pegawai atasan.
Adakah kita terlalu
pantas melakukan perubahan hinggakan kita terlupa kepada nilai-nilai
kemaknusiaan? Adakah Dasar Pendidikan Kebangsaan gagal memainkan peranannya?
. . . menglobalisasikan
pendidikan, mencari ilmu pengetahuan tidak kira di mana , berusaha mengetahui
apa yang belum kita pelajari, merekacipta dan bukan membuat inovasi sahaja.
Tetapi yang paling penting sekali, sistem pendidikan bertaraf dunia harus mampu
melahirkan menusia yang berperibadi, dengan nilai moral yang teguh, seorang
manusia yang sempurna, bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi penuh dengan
kemampuan intelektual untuk menangani cabaran masa muka.
(Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak)
Teras kepada sistem
pendidikan bertaraf dunia menurut acuan Malaysia ialah agama dan akhlak. Agama
dan akhlak penting untuk memelihara karamah atau kemuliaan insan dan
nilai-nilai manusiawi. Keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan penting untuk
membolehkan manusia memahami, menginsafi dan merealisasi dirinya sebagai hamba
dan khalifah di bumi.
(Dr Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin)
Faktor institusi
keluarga di Malaysia telah mulai longgar, agama makin terpinggir, sikap
materialistik, pengaruh media massa dan berbagai-bagai lagi. Kanak-kanak
ketandusan kasih sayang lantaran ibu bapa sibuk mencari harta dunia. Anak-anak
dididik oleh teman-teman dan media massa. T.V menjadi rakan yang paling setia.
T.V adalah sarana yang
paling utama dan paling berkesan. Ia memainkan peranan yang amat ketara yang
belum pernah berlaku dalam sejarah. Pada hakikatnya individu diperkenalkan
sejak lahir kepada aliran mesej dan imejnya yang kuat. T.V telahpun menjadi
anggota keluarga yang utama, yang paling banyak dan yang paling lama
bercerita.
(Gerbner et. Al. 1981)
Meskipun begitu terdapat
kecenderungan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah
agama, baik yang ditaja oleh kerajaan mahupun sekolah agama swasta. Kesedaran
ibu bapa telah mendorong mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah
berkenaan.
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.
Dimanakah silapnya kita hinggakan keadaan seperti di atas terjadi?
Kesan positif, kesan
negatif, apa yang ada dinegaramaju perlu ada di malaysia
Ambik yang baik , tolak
yang tak baik Dasar Pandan Timur
Rujukan;
Hanna Holborn Gray,
Magazine University Chicago, 1988